Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday 12 November 2012

Kata Arah



KATA ARAH

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan. Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di, dari, dan ke. Yang berikut ialah contoh kata arah yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu.



                                                        antara                    hujung                   sebalik                   sisi
atas                        kanan                    sebelah                  sudut
barat                      kiri                          seberang                                tengah
belakang               luar                         segi                         tepi
dalam                    pangkal                 sekeliling            timur
hadapan                                samping                 selatan              utara
 
 








Perhatikan penggunaan kata arah dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.   Ular sawa itu menyusur dari tepi tasik yang terbiar itu.
2.   Ayah menyimpan guni-guni padi itu di belakang rumah.
3.   Pak Abu mencampakkan sampah sarap itu ke dalam perigi buta itu.
4.   Aida mengalihkan pasu bunganya itu ke sebelah almari perhiasan di ruang tamu.
5.   Dari kanan jalan besar itu kami dapat melihat pekerja-pekerja telekom itu sedang memasang kabel.
6.   Abang Razak membawa bangkai buaya itu ke tepi tebing sungai.
7.   Sebutir bom lama ditemukan oleh pekerja binaan itu ketika dia sedang berehat di pangkal pokok
      jambu itu.
8.   Di hujung jalan sana, akan didirikan sebuah pondok tempat menunggu bas.
9.   Ibu menyimpan ikan salai itu di atas para-para di dapur rumah.
10. Kereta api mel Senandung Malam itu bergerak menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.

·         Dari segi penggunaan dan dalam penulisan, kata arah mesti didahului kata sendi di, ke, dan dari.
Contoh:
1.   Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu terjunam ke dalam gaung yang dalam itu.
2.   Puan Mariah menyuruh orang gajinya mencampakkan tulang ikan dan tulang ayam itu ke
      dalam longkang di belakang rumahnya itu.



Sunday 11 November 2012

KATA PENGUAT



KATA PENGUAT

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.

Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-


1. Kata penguat hadapan
2. Kata penguat belakang
3. Kata penguat bebas
 
 





Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis
Penggunaan dan Contoh
Ayat Contoh

Kata penguat hadapan
Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat.
Contoh: agak, paling dan terlalu
1. Fikirannya agak buntu apabila 
    memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.
Kata penguat belakang
Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: benar, betul, nian dan sekali
1. Petah nian pelajar itu berpidato.
2. Sukar sekali baginya untuk memahami
    pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.
Kata penguat bebas
Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: amat, sangat dan sungguh
1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu 
       sangat panjang.
   b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu
        panjang sangat.
2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh 
       menarik.
   b) Potongan badan peragawati itu manarik
       sungguh.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah.

       Contoh:

                1.a)   Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X)
                   b)   Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)
                2.a)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X)
                   b)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja.

       Contoh:

                   a)   Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X)
                   b)   Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√)
                   c)   Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter.

       Contoh:

                   a)   Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. (X)
                   b)   Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)
               
        2.   Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat.
       Contoh:
   a)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang
         ramai. (X)
   b)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang
         ramai. (√)
   c)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang
         ramai. (√)

KATA PERINTAH



KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan, dan sebagainya.
Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:-



harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah
 
 



Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Perintah
Penerangan
Ayat Contoh

Harap
Untuk menyatakan maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
1. Harap tinggalkan tempat ini dengan 
    segera.
2. Harap dia masih mengingati saya.
Jangan
Untuk menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
1. Jangan berganjak dari sini.
2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang 
    telah ditandakan itu.
Jemput
Untuk menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
1. Jemput ke rumah saya petang nanti.
2. Jemputlah sedikit makanan itu dan 
    janganlah segan.
Minta
Untuk menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
1. Minta orang ramai tunggu sebentar.
2. Minta beredar mengikut barisan.
Sila
Untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.
1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini.
2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan
   sebentar lagi.
Tolong
Untuk menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya.
1. Tolong jangan ganggu saya lagi.
2. Tolong alihkan buku ini ke sana.
Usah
Untuk menyatakan maksud larangan/tegahan daripada melakukan sesuatu.
1. Usah derhaka kepada ibu bapa.
2. Usah biarkan adik kamu itu bermain 
    hujan.

Contoh:
1.a)         Tolong jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X)
   b)         Jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)
2.a)         Harap jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X)
                   b)         Jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)

Wednesday 10 October 2012

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.
PROSES BERFIKIR

· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
  1. Operasi Kognitif
    - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  2. Operasi Meta kognitif
    - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
  • Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
  • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.


Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali

- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

Teori Konstruktivisme

- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.
ALAT BERFIKIR

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN
  • Pemikiran Konvergen
    Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
    Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup
  • Pemikiran Divergen.
    Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
  • Pemikiran Reflektif
    Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
  • Pemikiran Kritis dan Kreatif
    Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
    Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.