Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday 12 November 2012

Kata Arah



KATA ARAH

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan. Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di, dari, dan ke. Yang berikut ialah contoh kata arah yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu.



                                                        antara                    hujung                   sebalik                   sisi
atas                        kanan                    sebelah                  sudut
barat                      kiri                          seberang                                tengah
belakang               luar                         segi                         tepi
dalam                    pangkal                 sekeliling            timur
hadapan                                samping                 selatan              utara
 
 








Perhatikan penggunaan kata arah dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.   Ular sawa itu menyusur dari tepi tasik yang terbiar itu.
2.   Ayah menyimpan guni-guni padi itu di belakang rumah.
3.   Pak Abu mencampakkan sampah sarap itu ke dalam perigi buta itu.
4.   Aida mengalihkan pasu bunganya itu ke sebelah almari perhiasan di ruang tamu.
5.   Dari kanan jalan besar itu kami dapat melihat pekerja-pekerja telekom itu sedang memasang kabel.
6.   Abang Razak membawa bangkai buaya itu ke tepi tebing sungai.
7.   Sebutir bom lama ditemukan oleh pekerja binaan itu ketika dia sedang berehat di pangkal pokok
      jambu itu.
8.   Di hujung jalan sana, akan didirikan sebuah pondok tempat menunggu bas.
9.   Ibu menyimpan ikan salai itu di atas para-para di dapur rumah.
10. Kereta api mel Senandung Malam itu bergerak menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.

·         Dari segi penggunaan dan dalam penulisan, kata arah mesti didahului kata sendi di, ke, dan dari.
Contoh:
1.   Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu terjunam ke dalam gaung yang dalam itu.
2.   Puan Mariah menyuruh orang gajinya mencampakkan tulang ikan dan tulang ayam itu ke
      dalam longkang di belakang rumahnya itu.



Sunday 11 November 2012

KATA PENGUAT



KATA PENGUAT

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.

Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-


1. Kata penguat hadapan
2. Kata penguat belakang
3. Kata penguat bebas
 
 





Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis
Penggunaan dan Contoh
Ayat Contoh

Kata penguat hadapan
Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat.
Contoh: agak, paling dan terlalu
1. Fikirannya agak buntu apabila 
    memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.
Kata penguat belakang
Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: benar, betul, nian dan sekali
1. Petah nian pelajar itu berpidato.
2. Sukar sekali baginya untuk memahami
    pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.
Kata penguat bebas
Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.
Contoh: amat, sangat dan sungguh
1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu 
       sangat panjang.
   b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu
        panjang sangat.
2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh 
       menarik.
   b) Potongan badan peragawati itu manarik
       sungguh.

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah.

       Contoh:

                1.a)   Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X)
                   b)   Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)
                2.a)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X)
                   b)   Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja.

       Contoh:

                   a)   Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X)
                   b)   Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√)
                   c)   Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter.

       Contoh:

                   a)   Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. (X)
                   b)   Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)
               
        2.   Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat.
       Contoh:
   a)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang
         ramai. (X)
   b)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang
         ramai. (√)
   c)   Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang
         ramai. (√)

KATA PERINTAH



KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan, dan sebagainya.
Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:-



harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah
 
 



Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Perintah
Penerangan
Ayat Contoh

Harap
Untuk menyatakan maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
1. Harap tinggalkan tempat ini dengan 
    segera.
2. Harap dia masih mengingati saya.
Jangan
Untuk menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
1. Jangan berganjak dari sini.
2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang 
    telah ditandakan itu.
Jemput
Untuk menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
1. Jemput ke rumah saya petang nanti.
2. Jemputlah sedikit makanan itu dan 
    janganlah segan.
Minta
Untuk menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
1. Minta orang ramai tunggu sebentar.
2. Minta beredar mengikut barisan.
Sila
Untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.
1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini.
2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan
   sebentar lagi.
Tolong
Untuk menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya.
1. Tolong jangan ganggu saya lagi.
2. Tolong alihkan buku ini ke sana.
Usah
Untuk menyatakan maksud larangan/tegahan daripada melakukan sesuatu.
1. Usah derhaka kepada ibu bapa.
2. Usah biarkan adik kamu itu bermain 
    hujan.

Contoh:
1.a)         Tolong jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X)
   b)         Jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)
2.a)         Harap jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X)
                   b)         Jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)